Thursday, April 26, 2012

Pengenalan

AdiqManja Entertainment di tubuhkan secara rasmi pada April 2011 setelah beroperasi secara tidak langsung bermula tahun 2008 dengan nama Adikmanja Production dan kemudiannya bertukar kepada Adikmanja Entertainment. Saya selaku Jurukamera dan juga penyunting kepada video yang dirakamkan telah berpengalaman lebih 10 tahun dengan berkerja sebagai staf dijabatan IT & Media, Universiti Teknologi Petronas. Di UTP saya pernah diberi peluang mengendalikan pelbagai program yang dirakamkam menggunakan peralatan AV yang canggih dan terkini. Berbekalkan pengalaman yang cukup berharga dengan UTP saya mengorak langkah dengan mengusahakan Adikmanja Entertainment. Permulaan Adikmanja Entertainment pada asalnya hanyalah untuk suka-suka dan lebih lebih lagi minat saya yang mendalam dengan peralatan AV terutamanya peralatan videografi. Oleh itu dengan berkat dan sokongan ahli keluarga saya, maka saya memulakan perjalanan AdiqManja Entertainment dengan serius. Jadi adalah besar harapan saya agar AdiqManja Entertainment akan mendapat sambutan dengan kualiti servis yang kami berikan. Sebarang cadangan atau komen membina untuk saya meneruskan AdiqManja Entertainment sangatlah di alu-alukan.

Sekian, terima kasih.

MFI

Majlis Persandingan Hazrin & Rohani Featured Salena Gomez